PEMIMPIN BERJENAMA CEMERLANG : KUALITI PERIBADI
Kualiti peribadi adalah sifat (tret), watak, sikap atau ciri peribadi positif yang ada pada seorang pemimpin. Kualiti peribadi merupakan asas atau pendorong kepada perlakuan positif dalam pelaksanaan kerja dan akan menjadi benteng untuk menghalang pemimpin daripada melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan dan nilai perkhidmatan.